Tuesday, October 30, 2018

Cerita Seram Yang Best

Hai.

Lama tak update blog lagi. Macam biasa laptop kita kejap tak sihat kejap sihat, hehehe.

Menangis kalau terjumpa ni walaupun waktu siang


Aku nak share sekarang aku suka pulak melayan cerita-cerita seram. Jadi aku rasa terpanggil nak share link untuk korang baca kalau tiba-tiba korang punya mood nak membaca cerita seram tu dah sampai.


Setakat hari ni baru ada 37 kisah, cuma kisah ke37 tak bersambung habis lagi sejak beliau dah berkahwin dan mempunyai anak, busy dengan kerja di luar negara. Tapi tak apa, kan ada 36 cerita yang dia dah kongsi habis, yang juga hasil penceritaan dari orang sekeliling dia dan dia susunkan balik plot dengan ayat yang memang sedap dibaca dan korang boleh imagine ceritanya. Serius seram.

Yang paling aku suka cerita yurizawa .


Yang ni pun best dan seram jugak. Aku suka baca semua cerita kecuali "dosa semalam" sebab yang satu ni macam kisah cinta, ceritanya memang ok dan ada pengajaran cuma aku tercari-cari cerita seram sebab cerita lain semua dia buat seram dan best. Tak rugi baca dan follow dia. Hehe

Yang paling aku suka cerita nabila, ada bahagian 1 dan 2.

3. Facebook Dr Yazeed Hair Johari

Korang cari sendiri tau FB dia. Dr Yazeed ni dia ceritakan balik pengalaman seram yang dia alami semasa dia bertugas sebagai houseman di Hospital Mersing dulu. So korang boleh follow FB dia untuk baca.

Ada jugak kisser (kisah seram) dari followernya yang diupdate dari semasa ke semasa. Antara kisser yang paling best adalah "Santau". Mesti baca tau. 


Yang ni page memang famous. Beribu dah cerita yang orang lain dah hantar. Tapi aku tak rasa semua tu cerita benar sebab dari gaya penulisan nampak membohongnya. Tapi ada sebahagian cerita memang nampak real dan menakutkan. Jadi yang best dekat sini ada banyak pilihan untuk dibaca. 

Kalau korang tahu ada penulis dan page lain pon boleh share dekat komen.

Selamat membaca!


Saturday, August 11, 2018

(RESEPI) Cara buat Cekodok Pisang yang Mudah dan Sedap

Kali ini saya nak share resepi yang memang sesuai untuk kita makan sebagai sarapan pagi, snack time in between breakfast lunch dinner dan tea time waktu petang. Ha nampak tak sebenarnya cekodok pisang ni korang boleh makan waktu bila-bila pun sebenarnya terutama waktu laparlah sebab sekejap je nak masaknya. HAHAHA
Bila cakap pasal cekodok pisang, first korang mestilah kena beli pisang dulu. Kalau korang beli apple tembikai lemon memang tak jadilah cekodok pisang tu. 


Lepas itu, bawak balik pisang naik motor dengan kelajuan 60km sejam gitu. Dapat angin sepoi-sepoi tiup rambut bajet tengah shooting video gitu. Sampai rumah je kau bogelkan pisang. Buang kulit pisang. 


Lepas itu lagi, kau bayangkan kawan kau yang jahat dah pandai berhutang mulut manis masa nak pinjam duit tapi bila nak bayar bukan main sindir kau balik. Kau lepaskan geram dengan melenyekkan pisang tak kisahla dengan botol, atau penumbuk atau apa cara sekalipun. Yang penting kau bayangkan muka kawan jahat tu, bolehkan hilang stress tau. Tak percaya boleh buat sekarang, hahaha. 


Kemudian, letak tepung dan gula perang. Kalau tak nak manis, kurangkan gula. 


Gaul sebati. Kalau cair, boleh tambah tepung lagi sampai likat. As if kalau angkat dengan sudu adunan tu tak cepat terjatuh dari sudu. 


Dah siap panaskan minyak dalam kuali dan gorenglah sambil terbalik-terbalikkan cekodok tu. Jangan asyik sangat tengok drama si husna shah fika sampai cekodok kau sebelah je hitam. Haha. Hitam manis bila dah masak, bukan hitam hangus tau. Ala hitam macam baru lepas habis kursus PLKN tu, haha siapa yang pergi je ada pengalaman kan. 


Inah hasilnya cekodok pisang paling senang buat! Guna tiga bahan saja. 

PISANG
TEPUNG GANDUM
GULA PERANG

Saya buat kecil punya saiz dapat lebih kurang 100 lebih biji. Share dengan family seorang dapat berlambak. Baru syok tengok tv ada kudapan macam ni.







Thursday, August 2, 2018

Tips Hilangkan Sedu Dengan Cepat dan Mudah

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat. Jadi saya nak sedekah satu tips turun temurun yang memang mujarab kalau dibuat memang berkesan. Untuk korang hilangkan sedu dengan cepat dan mudah.

Okay jom mulakan. Tapi kalau tengah sedu ketika sedang mengunyah makanan, kau berhentilah sekejap makan tu. Ada pulak mati tercekik nanti.


Cara hilangkan sedu (kanak-kanak dan dewasa) :

1. TARIK nafas sedalam-dalamnya dan TAHAN nafas dalam 10 saat atau seberapa lama yang mampu sebelum lepaskan nafas. (Ulang selama 3 kali) 


Haha kau jangan gelak ada first step je saya share. Tapi cara di atas ini untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kalau untuk baby janganlah korang tampal kertas yang dikoyak dan celup air liur(makcik saya suka buat) lepas itu tampal pada dahi baby. Mengarut sungguh.




Cara hilangkan sedu (baby) :

1. Jangan kau suruh baby yang tak reti bercakap lagi tu tarik nafas sendiri dalam-dalam. Haha
2. Bila menyusukan baby, setiap 2 atau 3 minit kena burp kan dia.  Jangan push baby minum atau makan one shot nak cepat habis.

Cara untuk baby tu saya tengok cara omputeh buat. Kalau korang berjaya hilangkan sedu, saya ucapkan tahniah. Dah boleh sambung makan balik yang mana tersedu tadi ye. Haha




Tuesday, July 31, 2018

Pengalaman pos barang ke luar negara dengan FlexiPack International

Assalamualaikum

Saya nak cerita sikit pengalaman pertama saya pos barang ke luar negara. Pos barang dalam Malaysia pun jarang sekali, tiba-tiba pos barang ke luar negara. Hehe. Sebenarnya saya baru berjinak-jinak dengan Ebay, e-commerce yang famous kat USA tu. Saja lah cuba-cuba mana tahu rezeki ada dekat Ebay. 

Untuk barang pertama yang saya jual secara auction kat Ebay tu, adalah satu mainan budak ni. Saya buat auction untuk 5 hari. Selepas tamat 5 hari, ada orang bid. Tak sangka saya. Dapat mesej dari emel yang customer dah bayar. Menggelabah saya nak pos barang cepat-cepat, sebab kalau pos lambat nanti dapat negative feedback pulak.

Sebelum ini saya memang dah survey ramai orang guna flexipack international. Saya tengok kat table bawah ni untuk hantar barang ke USA kalau bawah 150g hanyalah RM8. Murah gila! barang saya ringan bawah 150g.






Dengan yakinnya pagi ahad tu saya sharp pukul 10 pagi datang pejabat pos dalam Aeon Jaya Jusco Bandaraya Melaka. First customer to be served, memang syok tak ada orang lain nak bersesak-sesak.
Saya pun terus ke kaunter nak beli plastik flexipack untuk barang saya kat bawah ni.





Lepas akak tu tengok, dia bagi plastik saiz M, itupun susah gila nak tutup. Dalam hati saya, ni confirm dah rugi sebab kat ebay saya caj postage usd 2 je. Hahahha! Tapi saya bayar untuk plastik ini je dah RM29 sebab saiz dia besar. Lepastu bab tracking number, boleh pilih. Akak tu cakap RM 4.60 boleh trace sampai KLIA je. Kalau RM 9.60 boleh trace sampai ke customer. Mestilah saya pilih yang kedua punya. Dengar pun secure.


Redha je lah. Total saya bayar RM38.6 untuk postage dan tracking. Saya caj usd 2 bersamaan RM8+-First transaction ni saya tanggung kerugian lebih kurang RM30+-. Bagi saya tak apa, ini pengalaman pertama dan boleh jadikan pengajaran. Setiap orang mesti ada buat salah untuk tak buat salah yang sama di masa akan datang. Cewah. Faham ke tak korang, jangan salah kira kos macam saya. Rugi tau.


Ini contoh barang yang saya pos. Korang isi je semua detail customer kat situ pakai permanent marker pen. Tracking number tampal di bahagian kanan atas. Yang copy kecil untuk kita simpan. Tanggalkan dulu sebelum tampal kat flexipack.

So sekarang saya kena tunggu sebulan nak tengok sampai ke tak sampai barang saya.
Peh, lamanya... Economy international shipping lah katakan. 

"Doakan saya berjaya mendapat income lebih RM2000 sebulan dari Ebay ya"

Insyallah jika korang doakan saya, rezeki korang pun bertambah juga saya doakan

Thursday, July 26, 2018

(MELAKA) Cat walk studio tempat untuk pencinta kucing!


Akhirnya saya berpeluang untuk datang ke Cat Walk Studio di Melaka! Yay!

Masa saya pergi tak ramai orang! Yay!

Jadi saya boleh main, gomol-gomol kucing dan selfie dengan kucing!

YAY !!! 

Nampak tak saya excited gila kat situ? Hehehe.

Tunggu turn nak masuk cat cafe

Masa tunggu turn, kita makanlah dulu. Popia goreng. Lempeng. Roti Jala. Semua sedap. Memang wajib makan sambil tunggu turn. Wah gitu.

Saya ni seumur hidup TAK PERNAH pun membela kucing. Satu family saya takut kucing. Kalau kat kedai makan tu boleh berombak meja. Bayangkan kucing lalu, sorang-sorang angkat kaki terlanggar meja, aduh tak tenteram nak makan. Bayangkan lagi kalau tengah makan mee bandung atau mee sup yang panas, boleh jadi bencana besar! Haha!

Walaupun takut, tapi saya suka kucing sebenarnya sebab sebab sebab kucing ni salah satu makhluk ciptaan Allah yang sangat COMEL!!! 

Tak percaya? Saya akan share banyak gila gambar yang saya tangkap di Cat Walk Studio Melaka. Ini bukan sponsored post tau. Tapi ikhlas promote tempat ni. 

Tujuan saya pergi Cat Walk Studio masa tu sebab saya nak hilangkan stress. Tiba-tiba dapat idea untuk hilangkan stress dengan cara main dengan kucing. Selalu kalau stress tumbuk kawan je, tapi bila usia dah semakin matang ni, haruslah bertambah sikap kemanusiaan, haha. Kucing sendiri tak ada, jadi datang sini je lah alternatif terdekat dan TERBAIK!

Okay nah gambar saya belanja untuk korang cuci mata. Comel comel belaka, rasa nak bawak balik seekor. By the way, owner tempat ni cakap setiap kucing kat sana ada nama sendiri. 


Yang lawa ayu posing ni namanya Bedah. Eh tipu je, saya tak ingat pun apa nama owner dia panggil. Haha. Tapi serius cantik kucing ni macam nora danish.

Melihat ke luar jendela,
Bayu pagi meniup lembut,
Lihat bintang di angkasa,
Purnama menerangi gelapku

Wah pandai nyanyi eh kucing Jo Plijo Sonawan ni




Hamboi tenung macam nak makan orang



Sombong eh.









Cantik sangat biji mata awak tu puteh. Dah la putih bersih, alahai geram tengok.






Kucing Munchkin.





Ni macam sifu kungfu panda je hahaha


Sorrylah nak letak caption kucing jenis apa kat setiap gambar, tapi tak tahu pulak breed apa kucing-kucing ni. Munchkin cat je yang saya boleh cam sebab kaki ketot, comel gila. Jalan terkedek-kedek.

British shorthair, Ragdoll, kucing parsi, kucing siam, sphynx, mainecoon, american curl, turkish angora, bombay ah banyak sangat jenis kucing. Tak kisahlah ada berapa ribu, saya tetap panggil kucing tu "miaw ohh miaww". Hehe.



INFO TAMBAHAN :

Harga masuk cat cafe: RM 7 (setengah jam)
Business hour: Setiap hari 11 pagi - 8.30malam kecuali Khamis(cuti) 
Servis: Cat grooming & hotel, ada jual pasir kucing, makanan, sangkar, aksesori, dan lain-lain
Alamat: No.7, Jalan TU 40, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Ataupun WAZE sahaja "Cat Walk Studio".




Saturday, July 21, 2018

(REVIEW) Mee Besen Ori Melaka best ke?

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak cerita pasal tempat makan yang saya baru terjah minggu lepas dengan kawan. Kalau hari minggu Sabtu Ahad memang kau orang kena beratur panjang, mungkin kalau kau banyak tuah, masa tu tak ramai orang beratur, alhamdulillah la. Tapi saya memang sengaja ambil cuti hari Jumaat tu, oppsss bukan cuti semata-mata nak makan kat mee besen tau, kau gila apa!

Kebetulan saya ada nak uruskan hal berkaitan bank, tabung haji dan lain-lain makanya saya plan sekali why not try mee besen sebab dah lama nak pergi asyik tak berkesempatan je. Makanya lepas solat Jumaat, saya settlekan urusan lain-lain lagi. By the time dah nak dekat pukul 3.30 petang (waktu open business hours seperti yang tertera di FB page dia), baru saya ke sana.




Ha, yang ni page FB kau orang boleh riki.




Ni alamat Mee Besen Ori Melaka.



Ish part ni saya geram tau. Saya baca kat page facebook mee besen ni open pukul 3.30 petang TAPI bila sampai sana dah siap parking kereta cantik tak keluar garisan kiri kanan balance, lepastu tiba-tiba nampak pekerja dia baru arrange table kerusi, dan barang-barang lain. Damn, lapar siot. Kena tunggu setengah jam lagi nampaknya.





Saya tengok sebijik sebijik menu dia. Kemain excited macam tak makan bertahun.





Menu pilihan serta harga masing-masing. 





Amek kau seekor ayam.




Semua gambar kat atas ni saya ambik dari FB page Mee Besen.



Gambar kat bawah ni apa yang saya makan. Saya makan apa ye?


Tadaa!!! TALAM WESTERN!!!

Kenyang hoi saya cakap. Bikin perut saya tegang, kentut banyak kali sebab perut senak sangat. Minum air coklat pulak tu. Berdouble kekenyangan.Boleh tak saya bagi rating? Eh mestilah boleh. Tapi kau orang kena datang sendiri lah sebab tekak kita kan rasa berbeza.

Ok ni komen dari saya. Bagi saya just nice je la. Sos blackpepper tak pekat, saya prefer yang pekat dan ada rasa black pepper. Spaghetti pon biasa ja. Ayam tu ok lah. Paling sedap meatball tu! Tolong jangan kecam deria rasa saya hahaha! Tapi kalau dah lapar memang licin lah saya sapu semua. Apa-apa pun harga makanan sangat berpatutan dengan portion hidangan yang banyak.


**Nak try talam dua muka, tak ada pulak haritu. Nampaknya kena ambik cuti hari lain ke??? Hahahahha!





Wednesday, July 11, 2018

AKPK bantu saya selesaikan masalah hutang

Hmm tajuk artikel dah macam tajuk berita. Pengakuan jujur daripada Rahmad, bukan nama sebenar. Apa boleh buat, memang betul pun perkara ni.



Sebelum itu, saya nak cerita macam mana saya boleh terjebak dengan AKPK ni. Walhal masa muda mudi remaja dulu, tak kisah langsung pasal status kewangan sendiri. Saya akui saya memang boros berbelanja. 

Tahun pertama bekerja, gaji saya cuma RM1400. Tahun 2013. Bagi saya sedikit sangat. Lepas tolak EPF, bagi mak ayah, duit minyak kereta, duit makanan harian, ptptn dan lain-lain lagi berapa sangatlah tinggal. Apatah lagi nak menyimpan, jauh sekali. Nasib baik kakak sudi pinjamkan kereta. Cuma saya perlu bayar petrol, roadtax dan insurans saja, instalment bulan-bulan dia bayarkan dulu. Alhamdulillah tinggal rumah mak ayah. Jimat dari sewa rumah.

Tahun kedua bekerja, tukar tempat kerja dapat gaji permulaan RM1700 (tahun 2014) tapi masih paras hidung waktu ni. Tempat kerja baru 3 kali ganda jauh dari rumah. Kos petrol bertambah di situ ya. Lagi-lagi kakak dah tak sayangkan adik(gurau), setiap bulan saya bayar instalment kereta kat kakak dan kakak yang bayar kat bank. At least kalau saya skip payment, tak ada lah bank tarik kereta, hehe.

Tahun ketiga bekerja, masih di tempat yang sama. Bos saya ni seorang berbangsa Cina tapi langsung tak faham bahasa Cina. Tapi English dia sangatlah FLUENT. Fasih! Bos saya kata prestasi kerja saya bagus. Eh pangjangla jugak dia komen, tak apa saya ringkaskan saja saya dapat kenaikan gaji sebanyak RM600. So apa kaitan bos tak pandai cakap cina dengan kenaikan gaji saya kan, hahaha. Yang pasti dalam hati dah ada majlis bunga api dah ni, gembira gila dengar bos cakap macam tu. Jadi, gaji tahun ketiga saya bekerja dah RM2300 (tahun 2015). Ini dah paras boleh bernafas alhamdulillah.

Masa tahun 2015 ni ada seorang staff baru masuk tempat kerja saya. Kaki berjalan budak ni. Kejap travel pergi Indonesia, kejap Thailand. Hmmm saya? Mestilah TERPENGARUH ! Saya tiba-tiba aktif jugak travel sana sini ikut dia. Betullah orang cakap, kecil pendapatan, kecil komitmen belanja. Besar pendapatan, besar komitmen belanja. Damn, habis duit saya lagi. Saya bekerja sampai penggal pertama tahun 2016 sahaja di tempat kerja ni. 

Masuk penggal kedua tahun 2016, tukar kerja baru. Lagi besar gaji kali ni RM2800. Ini dah memang paras extra bernafas. Alhamdulillah rezeki. Tapi masa tu jugak ada orang ajak berniaga, dah nama saya ni kuat terpengaruh (baca perenggan atas), saya pun cuba berniaga. Hummm modal tak ada, sampai buat loan la jawabnya. Jadi komitmen bulanan saya dah bertambah lagi di sini.

Saya tak mahu cerita lebih pasal tu, tetapi kebetulan waktu itu saya terlalu stress bekerja sampai terasa berat bahu ni. Lagipun bos yang baru ni bekukan cuti saya. Dalam hati menyumpah dah. Kerja staf lain pun suka hati pass kasi kita buat. Tapi, gajinya tak pass sekali pulak kan. Saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja. Saya fikir saya senang dapat kerja tempat lain yang tak terlalu stress macam kerja sekarang. Tapi dah ditakdirkan saya tidak dapat rezeki satu pun interview selepas itu. Saya menganggur selama 3 bulan bermula Januari 2017. 

Dalam masa 3 bulan tu lah azab seksa dugaan hanya Allah yang tahu. Bank dan aeon call hampir setiap hari (saya buat personal loan dari bank sutun dan Aeon). Aeon is the worst. Paling teruk. Saya jujur sangat bagitahu saya akan bayar bila saya dapat kerja ya, tapi debt collector tu memang tak professional maki maki saya dengan nada suara yang tinggi. 

Tapi saya usaha jugak semasa saya menganggur, saya tolong kawan berniaga. Rezeki meniaga, saya dapat langsaikan hutang Januari 2017. Cuma bulan Februari dan March untung tak banyak, saya hold payment. Tapi debt collector siang malam call. Dan yang paling teruk lagi, dia telefon ayah saya tapi main-main. Dia call, ayah saya angkat je, dia letak. Kalau bab mengugut tu jangan cakap, lagi terlalu banyak.

So, saya berdoa pada Allah supaya diampunkan dosa saya, bantu saya selesaikan masalah hutang saya ni.  Saya mendapat tawaran kerja pada bulan April 2017. Saya terima saja kerja apa waktu ni asalkan saya ada duit balik. Saya bersyukur sangat. Kita tak boleh memilih kerja bila dah dalam keadaan terdesak. Cuma gaji saya yang baru ni sedikit, tak mampu nak bayar semua hutang keliling pinggang.

Suatu malam  tu, saya tergerak hati untuk google cara selesaikan hutang, maka berlambaklah hasil carian, dan salah satu tu saya nampak AKPK. Bermulalah episod saya buat research mengenai apa itu akpk, bagaimana akpk boleh bantu saya dan lain-lain.

Tanpa berlengah masa, saya pergi ke pejabat AKPK esoknya. Ingatkan tak ramai, tapi ramai dalam pejabat tu. Macam-macam bangsa ada lagi-lagi melayu. Ingatkan terus dapat settlekan hari yang sama tapi consultant suruh saya datang hari rabu minggu depan untuk taklimat DMP. Debt management program. Ataupun dalam bahasa Melayunya, PPK iaitu Program Pengurusan Kredit.

Boleh refer SINI untuk direct link ke AKPK.

Rabu depannya ada taklimat, tak lama pun. Cuma dia terangkan pasal hutang serba sedikit dan pasal program DMP tu. Lepas habis taklimat tu, baru saya dapat turn register. Saya cerita jumlah keseluruhan hutang saya. Consultant tu congak-congak berapa jumlah yang saya perlu bayar sebulan.

Ikutkan sebelum ni komitmen sebulan saya dalam RM1325 (ptptn dan pinjaman peribadi) yang berkait rapat dengan ccris je tau dia dapat tengok. Actual komitmen saya kalau termasuk coway, instalment kereta, mencecah RM2000. (Kereta kan nama kakak, sebab tu tak masuk ccris). Lepas siap dia congak, consultant tu kata saya hanya perlu bayar RM400 sebulan untuk DMP ni bagi tahun pertama dan kedua. Masa ni pun dia tengok offer letter kerja baru saya gaji RM1600 saja, mungkin dia kesian agaknya. Daripada 1325 turun sampai 400 je, alhamdulillah saya bersyukur sangat waktu ni. Dalam hati ada bunga api lagi ni. Pom pom pom pom.

By the way, AKPK punya term 10 tahun. Mungkin sebab tu saya rasa dia drag payment tu sampai boleh jadi rendah. Interest pun ada kurang sedikit. Kalau sesiapa dapat join DMP, jangan lupa sujud syukur tau. At least, aeon dah tak call saya maki dan ugut. Tapi bank sutun still mesej saya baki tertunggak, saya abaikan je. Sebab saya maintain payment kat AKPK cantik, tak pernah miss. Jangan sesekali miss payment kat AKPK tau.

Apa-apapun, update terkini, Julai 2018, genap saya setahun lebih dengan AKPK. Hidup saya memang aman sekarang. Gaji pun dah bertambah lagi, kali ni kawal nafsu berbelanja. Serik dah jadi boros. Sekarang saya belajar untuk disiplin kan kewangan saya.

Terima kasih AKPK. Alhamdulillah.