Hmm tajuk artikel dah macam tajuk berita. Pengakuan jujur daripada Rahmad, bukan nama sebenar. Apa boleh buat, memang betul pun perkara ni.
Sebelum itu, saya nak cerita macam mana saya boleh terjebak dengan AKPK ni. Walhal masa muda mudi remaja dulu, tak kisah langsung pasal status kewangan sendiri. Saya akui saya memang boros berbelanja.
Tahun pertama bekerja, gaji saya cuma RM1400. Tahun 2013. Bagi saya sedikit sangat. Lepas tolak EPF, bagi mak ayah, duit minyak kereta, duit makanan harian, ptptn dan lain-lain lagi berapa sangatlah tinggal. Apatah lagi nak menyimpan, jauh sekali. Nasib baik kakak sudi pinjamkan kereta. Cuma saya perlu bayar petrol, roadtax dan insurans saja, instalment bulan-bulan dia bayarkan dulu. Alhamdulillah tinggal rumah mak ayah. Jimat dari sewa rumah.
Tahun kedua bekerja, tukar tempat kerja dapat gaji permulaan RM1700 (tahun 2014) tapi masih paras hidung waktu ni. Tempat kerja baru 3 kali ganda jauh dari rumah. Kos petrol bertambah di situ ya. Lagi-lagi kakak dah tak sayangkan adik(gurau), setiap bulan saya bayar instalment kereta kat kakak dan kakak yang bayar kat bank. At least kalau saya skip payment, tak ada lah bank tarik kereta, hehe.
Tahun ketiga bekerja, masih di tempat yang sama. Bos saya ni seorang berbangsa Cina tapi langsung tak faham bahasa Cina. Tapi English dia sangatlah FLUENT. Fasih! Bos saya kata prestasi kerja saya bagus. Eh pangjangla jugak dia komen, tak apa saya ringkaskan saja saya dapat kenaikan gaji sebanyak RM600. So apa kaitan bos tak pandai cakap cina dengan kenaikan gaji saya kan, hahaha. Yang pasti dalam hati dah ada majlis bunga api dah ni, gembira gila dengar bos cakap macam tu. Jadi, gaji tahun ketiga saya bekerja dah RM2300 (tahun 2015). Ini dah paras boleh bernafas alhamdulillah.
Masa tahun 2015 ni ada seorang staff baru masuk tempat kerja saya. Kaki berjalan budak ni. Kejap travel pergi Indonesia, kejap Thailand. Hmmm saya? Mestilah TERPENGARUH ! Saya tiba-tiba aktif jugak travel sana sini ikut dia. Betullah orang cakap, kecil pendapatan, kecil komitmen belanja. Besar pendapatan, besar komitmen belanja. Damn, habis duit saya lagi. Saya bekerja sampai penggal pertama tahun 2016 sahaja di tempat kerja ni.
Masuk penggal kedua tahun 2016, tukar kerja baru. Lagi besar gaji kali ni RM2800. Ini dah memang paras extra bernafas. Alhamdulillah rezeki. Tapi masa tu jugak ada orang ajak berniaga, dah nama saya ni kuat terpengaruh (baca perenggan atas), saya pun cuba berniaga. Hummm modal tak ada, sampai buat loan la jawabnya. Jadi komitmen bulanan saya dah bertambah lagi di sini.
Saya tak mahu cerita lebih pasal tu, tetapi kebetulan waktu itu saya terlalu stress bekerja sampai terasa berat bahu ni. Lagipun bos yang baru ni bekukan cuti saya. Dalam hati menyumpah dah. Kerja staf lain pun suka hati pass kasi kita buat. Tapi, gajinya tak pass sekali pulak kan. Saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja. Saya fikir saya senang dapat kerja tempat lain yang tak terlalu stress macam kerja sekarang. Tapi dah ditakdirkan saya tidak dapat rezeki satu pun interview selepas itu. Saya menganggur selama 3 bulan bermula Januari 2017.
Dalam masa 3 bulan tu lah azab seksa dugaan hanya Allah yang tahu. Bank dan aeon call hampir setiap hari (saya buat personal loan dari bank sutun dan Aeon). Aeon is the worst. Paling teruk. Saya jujur sangat bagitahu saya akan bayar bila saya dapat kerja ya, tapi debt collector tu memang tak professional maki maki saya dengan nada suara yang tinggi.
Tapi saya usaha jugak semasa saya menganggur, saya tolong kawan berniaga. Rezeki meniaga, saya dapat langsaikan hutang Januari 2017. Cuma bulan Februari dan March untung tak banyak, saya hold payment. Tapi debt collector siang malam call. Dan yang paling teruk lagi, dia telefon ayah saya tapi main-main. Dia call, ayah saya angkat je, dia letak. Kalau bab mengugut tu jangan cakap, lagi terlalu banyak.
So, saya berdoa pada Allah supaya diampunkan dosa saya, bantu saya selesaikan masalah hutang saya ni. Saya mendapat tawaran kerja pada bulan April 2017. Saya terima saja kerja apa waktu ni asalkan saya ada duit balik. Saya bersyukur sangat. Kita tak boleh memilih kerja bila dah dalam keadaan terdesak. Cuma gaji saya yang baru ni sedikit, tak mampu nak bayar semua hutang keliling pinggang.
Suatu malam tu, saya tergerak hati untuk google cara selesaikan hutang, maka berlambaklah hasil carian, dan salah satu tu saya nampak AKPK. Bermulalah episod saya buat research mengenai apa itu akpk, bagaimana akpk boleh bantu saya dan lain-lain.
Tanpa berlengah masa, saya pergi ke pejabat AKPK esoknya. Ingatkan tak ramai, tapi ramai dalam pejabat tu. Macam-macam bangsa ada lagi-lagi melayu. Ingatkan terus dapat settlekan hari yang sama tapi consultant suruh saya datang hari rabu minggu depan untuk taklimat DMP. Debt management program. Ataupun dalam bahasa Melayunya, PPK iaitu Program Pengurusan Kredit.
Boleh refer SINI untuk direct link ke AKPK.
Boleh refer SINI untuk direct link ke AKPK.
Rabu depannya ada taklimat, tak lama pun. Cuma dia terangkan pasal hutang serba sedikit dan pasal program DMP tu. Lepas habis taklimat tu, baru saya dapat turn register. Saya cerita jumlah keseluruhan hutang saya. Consultant tu congak-congak berapa jumlah yang saya perlu bayar sebulan.
Ikutkan sebelum ni komitmen sebulan saya dalam RM1325 (ptptn dan pinjaman peribadi) yang berkait rapat dengan ccris je tau dia dapat tengok. Actual komitmen saya kalau termasuk coway, instalment kereta, mencecah RM2000. (Kereta kan nama kakak, sebab tu tak masuk ccris). Lepas siap dia congak, consultant tu kata saya hanya perlu bayar RM400 sebulan untuk DMP ni bagi tahun pertama dan kedua. Masa ni pun dia tengok offer letter kerja baru saya gaji RM1600 saja, mungkin dia kesian agaknya. Daripada 1325 turun sampai 400 je, alhamdulillah saya bersyukur sangat waktu ni. Dalam hati ada bunga api lagi ni. Pom pom pom pom.
By the way, AKPK punya term 10 tahun. Mungkin sebab tu saya rasa dia drag payment tu sampai boleh jadi rendah. Interest pun ada kurang sedikit. Kalau sesiapa dapat join DMP, jangan lupa sujud syukur tau. At least, aeon dah tak call saya maki dan ugut. Tapi bank sutun still mesej saya baki tertunggak, saya abaikan je. Sebab saya maintain payment kat AKPK cantik, tak pernah miss. Jangan sesekali miss payment kat AKPK tau.
Apa-apapun, update terkini, Julai 2018, genap saya setahun lebih dengan AKPK. Hidup saya memang aman sekarang. Gaji pun dah bertambah lagi, kali ni kawal nafsu berbelanja. Serik dah jadi boros. Sekarang saya belajar untuk disiplin kan kewangan saya.
Terima kasih AKPK. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment