Sunday, April 4, 2021

Updated pasal AKPK dan kewangan.

Hai. Tahun 2017 bulan april saya pernah masuk AKPK. Cerita ada kat sini.

Hari ni genaplah 4 tahun saya di AKPK. Tak sangka sekejap sungguh masa berlalu.

Setiap dua tahun, bayaran saya akan naik atau kita panggil step up amount. Dua tahun pertama saya perlu bayar 400. Dua tahun berikutnya 490. Dan start april 2021 ni saya bayar 580. Selepas dua tahun dari sekarang, 600 lebih pula. Begitulah. Pegawai akpk yang kirakan. Saya ikut aje. 

Sebenarnya saya sudah menganggur tau. Tapi saya tetap bayar akpk macam biasa. Kan saya pernah bekerja, jadi saya dapat keluarkan i-lestari dan i-sinar saya buat bayar komitment bulanan. Di samping tu saya cuba jadi dropship dan agent kepada beberapa produk. Betullah orang cakap, bukan senang nak senang. 

Walaupun orang tengok kita happy muka ada senyum, tapi dalam hati kita ni hanya Allah yang tahu. Ada hari memang gembira, adakala sedih, macam tak betul pun ada. Bayangkan, jadual akpk saya payment saya jaga cantik je setiap bulan. Tak pernah miss payment so far. 

Tapi untuk mencantikkan jadual payment, banyak usaha untuk dapatkan kewangan yang stabil. Kita struggle mana ada orang nampak. Tak semua perkara kita perlu ceritakan sebab tak semua akan faham mengikut perspektif yang kita faham.



Saya pada mula saya daftar akpk akibat tertekan dengan panggilan jahat dan makian dari staff bank. Masa tu saya tawakal je cari kerja dan dapatlah satu kerja. Melalui kerja tu selama 3 tahun saya kumpul kekuatan untuk cantikkan kewangan. Bank pun dah tak kacau lagi. Tapi mesej tetap dia hantarla katanya bayaran tertunggak. Penipu sungguh. Nasihat saya kepada orang lain, janganlah buat loan jahat dengan bank. Saya dulu tersilap langkah. Korang baik-baik jaga diri.

Biasalah perancangan kita tak sebaik perancangan Allah. Tahun lepas negara dilanda wabak covid. Majikan saya yang memang bermasalah semakin bermasalah. Saya bekerja 3 tahun dengan syarikat ni pun kena banyak sabar sebab kita banyak komitmen juga selain akpk. Bila majikan terlalu toxic, saya rasa saya perlu cari kerja lain . Tapi sampai sekarang susah cari kerja. Ada juga yang cuba ambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Apela nak jadi dengan orang sekarang kan.

Itulah update terkini saya serba sedikit pasal akpk. Hope tahun ni saya dapat terus bayar cantik. Doakan saya dapat kerja jugak ya. Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga rezeki kita semua dilipatgandakan olehNya.





No comments:

Post a Comment