Thursday, February 28, 2019

10 tips dapat pasif pahala dengan cara yang mudah dan murah

Okaylah sempena hari Jumaat yang penuh rahmat ni, bolehlah saya share apa yang selalu bermain di fikiran saya sejak dua menjak ni.

Kita selalu dengar orang kata nak dapat pasif income melalui sewa rumah, melalui royalti buku atau ebook, MLM, hasil labur saham dan macam-macam cara lagi. Tapi pernah tak kita terfikir cara untuk dapatkan pasif pahala?

Maksudnya di sini pahala yang berterusan sampai bila-bila. Kita tak buat apa-apa tapi tiba-tiba kita dapat pahala. Ha begitu. Tapi actually kita dah buat sesuatu sebenarnya di peringkat awal.

Saya bagi tip ringkas sajalah. Straight to the point omputeh kata.

Sebenarnya kita tak perlu tunggu jadi jutawan mahupun gaji lima angka baru nak sedekah. Pernah tak dengar what you give, you get back? Ha anda memberi dulu, anda dapat juga kemudian. Senang kata kalau kita nak mudah dapat rezeki, kita sedekah dulu. Tak banyak, sedikit pon jadi lah. Yang penting ikut kemampuan.

Kalau nak bina masjid, nak letak coway kat masjid, semua tu kos agak besar. Ini cadangan lain yang lebih sesuai untuk semua orang yang berpendapatan sederhana. 

Contoh lain untuk dapatkan pasif pahala yang mungkin boleh digunapakai :

1. Beli sejadah. Letak di surau shopping mall. Setiap kali sesiapa solat guna sejadah yang anda letak tu automatik anda dapat pahala.


2. Beli bekas makanan. Misalnya anda hadiahkan untuk adik anda bawak sekolah. Setiap kali dia bawak bekal ke sekolah automatik anda dapat pahala.



3. Beli telekung. Kalau kat surau atau mall kadang-kadang tak cukup telekung. Apa kata anda belikan. Sepasang telekung arafah lace dalam lingkungan harga RM20 saya survey tadi di shopee. Bila ada yang menggunakan telekung tu automatik dapat pahala.


4. Beli selipar letak di masjid / surau. Setiap kali orang nak ambil wuduk, mereka mesti bukak kasut (terutama yang bekerja pakai kasut but tu) dan cari selipar untuk ambil wuduk. Setiap kali mereka sarung selipar pemberian anda, automatik anda dapat pahala.


5. Hadiahkan kawan tudung. Sehelai pon jadi. Setiap kali dia pakai tudung bukan kita dapat bantu dia tutup aurat je, malah automatik kita pon dapat pahala setiap kali dia pakai. 


6. Belikan periuk nasi untuk pasangan baru berkahwin. Setiap kali periuk digunakan, automatik anda dapat pahala.


7. Sediakan beberapa kotak klip kertas. Biasa orang yang bekerja macam saya di pejabat memang akan guna klip kertas untuk macam2 dokumen. Jadi idea ini sangat sesuai untuk di ambil kira. Setiap kali staff lain guna klip kertas kita pon automatik dapat pahala. 


8. Sediakan penyapu. Mungkin boleh digunakan di rumah, di sekolah, di surau, masjid dan lain2 lagi. Setiap kali ada orang gunakan penyapu untuk membersihkan halaman pasti kita dapat pahala automatik. 


9. Belikan pen biru untuk pelajar Universiti. Kita mesti ada saudara yang masih belajar kan. Mereka ni mesti perlukan pen untuk menulis. Apa kata anda belikan satu paket pen lama sikit dia boleh guna. Tak silap saya sepaket pen biru atau hitam yang ada 20ketul tu tak sampai 20ringgit pon. 


10. Belikan troli untuk mak pergi pasar. Ni bukan macam troli pasaraya mydin yang besar tu tau. Troli ni kecil sedikit dan ringan. Kurang sikit beban nak pikul plastik ikan sayur ayam semua kan. Automatik anda dapat pahala setiap kali troli itu mak guna. 


Kalau dah barang tu habis, rosak, koyak, memang lah pahala stop kat kita. Tapi semasa hayat barang tu boleh digunakan sekurang-kurangnya kita dapat pahala. Mungkin jugak asbab tu untuk membuka pintu rezeki kita lagi.

Kalau lagi bagus tolong share tips saya ni kepada orang lain jugak semoga tips ni bermanfaat untuk orang lain. Setiap kali orang lain baca mudah-mudahan saya pon dapat pahala.

Terima kasih ❤️


No comments:

Post a Comment