Hai ada peminat makanan korea ke kat sini? Kimchi, bulgogi, bibimbap, japchae, samgyetang, teobokki, jjangmyeon dan namakan lagi. Banyak sangat makanan korea yang best kan? Jadi saya nak share satu resepi sahaja dengan korang semua.
Harini saya nak berkongsi dengan korang resepi kimchi yang paling mudah, halal dan boleh tahan sedap rasanya tau. Korang tau ke apa benda kimchi ni? Kimchi ni sebenarnya sayur kobis tu kita buat macam jeruk je. Rasa kimchi ada rasa masin masam pedas gitu.
Jom ke resepi. Saya guna kobis cina yang panjang ni.
Pertama sekali kita belah kepada empat bahagian.
Selepas itu saya potong kepada kepingan kecil. Jika korang taknak ikut step ini pun tak mengapa. Boleh terus lumur garam di setiap lapisan kobis (gambar atas). Saya potong kecil-kecil dulu dan baru lumur garam rata-rata menyeluruh sebab untuk memudahkan proses mencuci nanti.
Setiap 30 minit saya akan terbalikkan sayur kobis supaya semua bahagian sayur dapat menyerap garam. Proses ni ambil masa sehingga 2 jam. Kalau buat sejam lebih pon boleh. Tadi masa potong kobis satu besen ungu ni tak muat. Lepas dicuci dan diperap garam, makin kecut sayur kobisnya. Nampak sikit dah jadinya.
Semasa rendam kobis dengan garam selama 2 jam tadi, sempat kita potong sayur tambahan seperti daun bawang, lobak merah dan lobak putih.
Bahan mesin pula kita blend sekali 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang kuning, 1 inci halia dan sedikit sos ikan. (Lupa nak ambil gambar) By the way, orang lain suka letak bawang putih banyak tapi saya tak berapa suka so saya ambil 3 biji cukuplah. Tekak ku lain sikit haha.
Sediakan juga bubur ni iaitu campuran 1 cawan tepung beras, 3 cawan air, dan 1/2 cawan gula. Kacau sampai likat. Dalam gambar saya belum likat lagi. Masih menggelegak dan masih perlu dikacau. Bila likat pekat, tutup api dan sejukkan ya
Selepas 2 jam perap kobis dengan garam, cuci bersih-bersih ya. Kalau tak masin ya amat kobis korang nanti. Lepas cuci, sampak saja semua sayur, serbuk cili, bubur dan bahan mesin tadi ke dalam kobis dan gaul sebati. Kemudian try rasa. Nak adjust lagi rasa boleh adjust tambah garam gula sikit-sikit sampai rasa yang korang nak.
Dari 3 kg kobis saya guna dapat dalam 2 bekas ni saja. Lepas siap masukkan dalam bekas tertutup ya. Saya letak luar setengah hari lepastu baru masuk peti sejuk. Sejuk-sejuk makan memang sedap weh!
Silalah cuba resepi saya ya!
Kalau nak order dari saya boleh je email saya ok?
No comments:
Post a Comment