Friday, June 19, 2020

SUJUD SAHWI - soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus



SOALAN :

Ketika melakukan sujud sahwi apakah bacaan yang perlu kita baca dan bagaimana niat sujud sahwi?





JAWAPAN :

Tidak ada disebut didalam hadith dengan jelas tentang bacaan ketika melakukan sujud sahwi.

Oleh kerana itu ada tiga pandangan ulamak berkenaan perkara ini yaitu boleh dibaca seperti bacaan dalam sujud biasa yaitu سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ sekali atau dua kali atau tiga kali.

Dan boleh juga dia membaca سبحان من لا ينام ولا يسهو sebagaimana disebut oleh sebahagian fuqahak samada sekali atau dua kali atau tiga kali.

Dan boleh juga dia diam sahaja.

Dan boleh juga jika dia membaca سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ kemudian membaca سبحان من لا ينام ولا يسهو .

Dan contoh niatnya ialah berkata di dalam hati ketika hendak sujud :

'Aku berniat sujud sahwi kerana Allah Taala'.

Berkata Dr Mustafa Bugha :

كيفية السجود ومحله : سجود السهو سجدتان كسجدات الصلاة، ينوي بهما المصلي سجود السهو، ومحله آخر صلاته قبل السلام.

Artinya : “Dan cara sujud sahwi itu dan tempatnya. Bermula sujud sahwi itu dua kali sujud seperti sujud sembahyang dan berniat ia dengan kedua sujud itu akan sujud sahwi. Dan tempat sujud sahwi itu ialah sebelum salam.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manjahi)

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

ويأتي بذكر السجود للصلاة (فيهما) وحكى بعضهم أنه يندب أن يقول فيهما سبحان من لا ينام ولا يسهو

Artinya : “Dan membaca bacaan (tasbih) sujud bagi sembahyang di dalam kedua-dua sujud sahwi itu. Dan setengah mereka itu menghikayatkan bahawa sunat dibaca di dalam dua sujud itu akan سبحان من لا ينام ولا يسهو yang bermaksud ‘Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.” (Kitab Asnal Matalib) 

Kesimpulan

Tempat melakukan sujud sahwi sebanyak dua kali itu ialah selepas membaca tahyat akhir dan sebelum memberi salam.

Harus didalam sujud sahwi membaca bacaan sujud biasa yaitu سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ .

Dan harus juga membaca سبحان من لا ينام ولا يسهو .

Dan sah sujud sahwi jika dia tidak membaca apa-apa bacaan.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Kredit pada Facebook Ustaz Azhar Idrus atas ilmu yang dikongsikan.

No comments:

Post a Comment