Tuesday, June 23, 2020

Contact lense kanta lekap yang paling best selesa

Hai semua hari ini nak berkongsi mengenai kanta lekap iaitu contact lense. Untuk korang yang rabun jauh macam saya, memang susahkan bila tak pakai cermin mata. Bangun tidur lepas cari handphone mesti cari spek. Kadang-kadang nak mencari pun satu hal. Dahla rabun nak cari spek sendiri pun kena sepetkan mata melilau scan dan meraba setiap tempat. Saya faham situasi tu betapa struggle kita di awal pagi. Haha.

Bila hujan turun pula tak kisah renyai-renyai atau lebat sudah tentu kabur akibat titisan air hujan. Please lah design spek yang ada wiper untuk automatik lap cermin tak gitu kan?

Situasi lain pula bila kita tengah masak pun sama wap dah mula merebak kat spek semasa nak hidu masakan. Keluar kereta aircond sejuk pun kabur spek. Dan macam-macam situasi lagi. Ya nak pakai spek memang ada dugaannya.

Walaupun begitu saya suka pakai spek berbanding contact lense sebab dari segi kos sudah pasti sangat menjimatkan. Malah, lebih mudah untuk tanggalkan. Tapi apakan daya, semalam spek saya patah! Kebetulan saya ada contact lense dalam simpanan yang belum expired, bolehlah guna. 

Saya beli di shopee saja yang loose item 1 keping RM1.40 kalau nak sepasang kena beli 2. Loose item ni senang bila sebelah mata kita power tak sama jadi boleh order power yang berbeza. Saya suka shopping di shopee tau sebab apa nanti saya share di entri yang lain ya sebab dengan shopee kita boleh buat duit bukan beli saja jadi panjang ceritanya. 





Seller bagi saya brand Freshkon. Lupa nak cakap contact lense ni ada ikut bulan. Ada yang jenis boleh pakai untuk sehari(pakai buang), sebulan dan ada yang lebih lama. Pilihan saya sudah tentu daily. Sehari. Pakai buang. Sangat Memudahkan! Lepas aktiviti seharian yang memenatkan, kita tak perlu cuci dengan solution dia tu. Cabut dan buang ke tong sampah je. Alahai best sangat tau. Kalau yang sebulan contohnya, balik kerja dah penat. Nak kena cuci pulak pusing-pusing(nak cuci pun ada step yang betul bukan main bedal nanti tak bersih mata korang dijangkiti kuman). 

Jadi saya sangat menggalakkan korang yang nak pakai contact lense, pilih yang daily disposable. Mudah untuk travel juga. Tak perlu bawak solution. Ringan beg sikit kan. Kalau beli sekotak memang mahal sebab tu saya beli loose item untuk pakai hari-hari penting je contoh semasa interview, hari raya, snorkeling(cover with goggle, dilarang pakai contact lense semasa swimming) dan lain-lain. 

By the way, brand Freshkon yang lutsinar ni memang selesa untuk mata. Macam tak rasa eh dah pakai ke belum ni. Serius tau. Memang selesa bagi mata saya lah. Mata korang saya tak pasti tapi saya rekemen saja. Jangan pakai yang colour lense ya hukumnya haram. Nanti saya share di lain entri kenapa haram okay? See you soon. 


Friday, June 19, 2020

SUJUD SAHWI - soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus



SOALAN :

Ketika melakukan sujud sahwi apakah bacaan yang perlu kita baca dan bagaimana niat sujud sahwi?





JAWAPAN :

Tidak ada disebut didalam hadith dengan jelas tentang bacaan ketika melakukan sujud sahwi.

Oleh kerana itu ada tiga pandangan ulamak berkenaan perkara ini yaitu boleh dibaca seperti bacaan dalam sujud biasa yaitu سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ sekali atau dua kali atau tiga kali.

Dan boleh juga dia membaca سبحان من لا ينام ولا يسهو sebagaimana disebut oleh sebahagian fuqahak samada sekali atau dua kali atau tiga kali.

Dan boleh juga dia diam sahaja.

Dan boleh juga jika dia membaca سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ kemudian membaca سبحان من لا ينام ولا يسهو .

Dan contoh niatnya ialah berkata di dalam hati ketika hendak sujud :

'Aku berniat sujud sahwi kerana Allah Taala'.

Berkata Dr Mustafa Bugha :

كيفية السجود ومحله : سجود السهو سجدتان كسجدات الصلاة، ينوي بهما المصلي سجود السهو، ومحله آخر صلاته قبل السلام.

Artinya : “Dan cara sujud sahwi itu dan tempatnya. Bermula sujud sahwi itu dua kali sujud seperti sujud sembahyang dan berniat ia dengan kedua sujud itu akan sujud sahwi. Dan tempat sujud sahwi itu ialah sebelum salam.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manjahi)

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

ويأتي بذكر السجود للصلاة (فيهما) وحكى بعضهم أنه يندب أن يقول فيهما سبحان من لا ينام ولا يسهو

Artinya : “Dan membaca bacaan (tasbih) sujud bagi sembahyang di dalam kedua-dua sujud sahwi itu. Dan setengah mereka itu menghikayatkan bahawa sunat dibaca di dalam dua sujud itu akan سبحان من لا ينام ولا يسهو yang bermaksud ‘Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.” (Kitab Asnal Matalib) 

Kesimpulan

Tempat melakukan sujud sahwi sebanyak dua kali itu ialah selepas membaca tahyat akhir dan sebelum memberi salam.

Harus didalam sujud sahwi membaca bacaan sujud biasa yaitu سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ .

Dan harus juga membaca سبحان من لا ينام ولا يسهو .

Dan sah sujud sahwi jika dia tidak membaca apa-apa bacaan.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Kredit pada Facebook Ustaz Azhar Idrus atas ilmu yang dikongsikan.

Wednesday, June 17, 2020

Cara buat kimchi yang mudah sedap dan halal

Hai ada peminat makanan korea ke kat sini? Kimchi, bulgogi, bibimbap, japchae, samgyetang, teobokki, jjangmyeon dan namakan lagi. Banyak sangat makanan korea yang best kan? Jadi saya nak share satu resepi sahaja dengan korang semua.

Harini saya nak berkongsi dengan korang resepi kimchi yang paling mudah, halal dan boleh tahan sedap rasanya tau. Korang tau ke apa benda kimchi ni? Kimchi ni sebenarnya sayur kobis tu kita buat macam jeruk je. Rasa kimchi ada rasa masin masam pedas gitu.

Jom ke resepi. Saya guna kobis cina yang panjang ni.

Pertama sekali kita belah kepada empat bahagian. 


Selepas itu saya potong kepada kepingan kecil. Jika korang taknak ikut step ini pun tak mengapa. Boleh terus lumur garam di setiap lapisan kobis (gambar atas). Saya potong kecil-kecil dulu dan baru lumur garam rata-rata menyeluruh sebab untuk memudahkan proses mencuci nanti.


Setiap 30 minit saya akan terbalikkan sayur kobis supaya semua bahagian sayur dapat menyerap garam. Proses ni ambil masa sehingga 2 jam. Kalau buat sejam lebih pon boleh. Tadi masa potong kobis satu besen ungu ni tak muat. Lepas dicuci dan diperap garam, makin kecut sayur kobisnya. Nampak sikit dah jadinya.



Semasa rendam kobis dengan garam selama 2 jam tadi, sempat kita potong sayur tambahan seperti daun bawang, lobak merah dan lobak putih.

Bahan mesin pula kita blend sekali 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang kuning, 1 inci halia dan sedikit sos ikan. (Lupa nak ambil gambar) By the way, orang lain suka letak bawang putih banyak tapi saya tak berapa suka so saya ambil 3 biji cukuplah. Tekak ku lain sikit haha.




Sediakan juga bubur ni iaitu campuran 1 cawan tepung beras, 3 cawan air, dan 1/2 cawan gula. Kacau sampai likat. Dalam gambar saya belum likat lagi. Masih menggelegak dan masih perlu dikacau. Bila likat pekat, tutup api dan sejukkan ya



Selepas 2 jam perap kobis dengan garam, cuci bersih-bersih ya. Kalau tak masin ya amat kobis korang nanti. Lepas cuci, sampak saja semua sayur, serbuk cili, bubur dan bahan mesin tadi ke dalam kobis dan gaul sebati. Kemudian try rasa. Nak adjust lagi rasa boleh adjust tambah garam gula sikit-sikit sampai rasa yang korang nak.




Dari 3 kg kobis saya guna dapat dalam 2 bekas ni saja. Lepas siap masukkan dalam bekas tertutup ya. Saya letak luar setengah hari lepastu baru masuk peti sejuk. Sejuk-sejuk makan memang sedap weh!

Silalah cuba resepi saya ya! 

Kalau nak order dari saya boleh je email saya ok?