Wednesday, June 2, 2021

Kelebihan serbuk bawang putih

Serbuk bawang putih adalah salah satu rempah yang sangat baik untuk dimasukkan dalam masakan Melayu. Serbuk bawang adalah produk makanan yang disediakan secara komersial yang mempunyai beberapa kegunaan masakan.


Kelebihan Menggunakan Serbuk Bawang Putih:

• Jangka hayat yang panjang : Serbuk bawang putih yang dihasilkan oleh bawang putih yang dikeringkan mempunyai jangka hayat yang panjang berbanding dengan bawang putih semula jadi. Semakin kering semakin panjang jangka hayat bawang putih tanpa kehilangan fungsinya.

• Jimat masa : Ketika kita sibuk dan kekurangan masa, serbuk bawang putih boleh menjadi cara cepat untuk menambah rasa bawang putih ke dalam hidangan. Kita akan dapat jimat masa dari mengupas dan menghiris.

• Sebagai perasa untuk daging : Menggunakan serbuk bawang putih adalah kaedah yang baik untuk memasukkan rasa ke seluruh campuran daging. Ia boleh menjadi pilihan yang sangat baik untuk daging perasa yang dimasak di atas jangka masa yang singkat seperti bebola daging, burger, dan sosej.

• Tujuan Perubatan: Bawang putih adalah alat perubatan yang hebat yang digunakan untuk berabad-abad dalam meningkatkan imuniti, menurunkan risiko penyakit jantung, kolesterol dan barah. 

Serbuk bawang putih boleh dibeli di kedai. Nak yang homemade pun boleh saja. Next post adalah cara buat serbuk putih sendiri yang tahan lama.

Sunday, May 30, 2021

Resepi kek pisang sangat lembut




Kek pisang adalah antara kek yang paling mudah untuk dibuat dan juga antara menu minum petang yang sesuai dimakan oleh seisi keluarga sambil menhirup teh panas. Hmm sedapnya.

Resepinya mudah je.

Bahan-bahan :

  • 200g unsalted butter
  • 145g gula kastor
  • 1 sb esen vanila
  • 4 biji telur
  • 280g tepung naik sendiri
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk serbuk kayu manis
  • 2 cawan pisang - dilenyek (pisang emas paling sedap, nak guna pisang lain boleh juga)
  • 1 sk garam

Cara-caranya:
  1. Pukul butter dan gula sehingga ringan gebu.
  2. Masukkan esen vanila.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil adunan dipukul.
  4. Dalam bekas lain, ayak tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
  5. Selepas diayak, masukkan dalam adunan tadi dan pukul sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan dalam loyang. Pastikan loyang ada grease paper/baking paper.
  7. Bakar selama 40 minit pada suhu 180C (adjust ikut oven masing2).
  8. Boleh cucuk dengan lidi untuk check dah masak atau belum. Kalau ada melekat pada lidi, belum masak.
Selamat mencuba !






Sunday, April 4, 2021

Updated pasal AKPK dan kewangan.

Hai. Tahun 2017 bulan april saya pernah masuk AKPK. Cerita ada kat sini.

Hari ni genaplah 4 tahun saya di AKPK. Tak sangka sekejap sungguh masa berlalu.

Setiap dua tahun, bayaran saya akan naik atau kita panggil step up amount. Dua tahun pertama saya perlu bayar 400. Dua tahun berikutnya 490. Dan start april 2021 ni saya bayar 580. Selepas dua tahun dari sekarang, 600 lebih pula. Begitulah. Pegawai akpk yang kirakan. Saya ikut aje. 

Sebenarnya saya sudah menganggur tau. Tapi saya tetap bayar akpk macam biasa. Kan saya pernah bekerja, jadi saya dapat keluarkan i-lestari dan i-sinar saya buat bayar komitment bulanan. Di samping tu saya cuba jadi dropship dan agent kepada beberapa produk. Betullah orang cakap, bukan senang nak senang. 

Walaupun orang tengok kita happy muka ada senyum, tapi dalam hati kita ni hanya Allah yang tahu. Ada hari memang gembira, adakala sedih, macam tak betul pun ada. Bayangkan, jadual akpk saya payment saya jaga cantik je setiap bulan. Tak pernah miss payment so far. 

Tapi untuk mencantikkan jadual payment, banyak usaha untuk dapatkan kewangan yang stabil. Kita struggle mana ada orang nampak. Tak semua perkara kita perlu ceritakan sebab tak semua akan faham mengikut perspektif yang kita faham.



Saya pada mula saya daftar akpk akibat tertekan dengan panggilan jahat dan makian dari staff bank. Masa tu saya tawakal je cari kerja dan dapatlah satu kerja. Melalui kerja tu selama 3 tahun saya kumpul kekuatan untuk cantikkan kewangan. Bank pun dah tak kacau lagi. Tapi mesej tetap dia hantarla katanya bayaran tertunggak. Penipu sungguh. Nasihat saya kepada orang lain, janganlah buat loan jahat dengan bank. Saya dulu tersilap langkah. Korang baik-baik jaga diri.

Biasalah perancangan kita tak sebaik perancangan Allah. Tahun lepas negara dilanda wabak covid. Majikan saya yang memang bermasalah semakin bermasalah. Saya bekerja 3 tahun dengan syarikat ni pun kena banyak sabar sebab kita banyak komitmen juga selain akpk. Bila majikan terlalu toxic, saya rasa saya perlu cari kerja lain . Tapi sampai sekarang susah cari kerja. Ada juga yang cuba ambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Apela nak jadi dengan orang sekarang kan.

Itulah update terkini saya serba sedikit pasal akpk. Hope tahun ni saya dapat terus bayar cantik. Doakan saya dapat kerja jugak ya. Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga rezeki kita semua dilipatgandakan olehNya.